jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]

Jumaat, 22 Mac 2013

KERABu MANGGa SEDap...

Kecur air liur bila terbayangkan kerabu mangga ni....apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kesedapannya...yummy....hehehe....saya pasti ramai kaum hawa sukakan kerabu mangga ni...ianya memberikan rasa masam Dan manis yang memang sedap untuk menghilangkan rasa sebu atau mual...juga lugai...Jom kita pelajari  resepi kerabu yang serba ringkas ini.....

Bahan bahannya yang memang mudah didapati....

3 biji mangga muda yang segar(baru dipetik)
1 biji chili merah
5 biji chili padi
1biji bawang merah (besar)
3 sudu ikan bilis
2sudu udang kering
Sedikit garam Dan gula
3 sudu kerisik
Sedikit belacan( jika sukakannya)

Cara-cara membuatnya.....
Mangga dicincang halus-halus
Chili merah,chili  padi dan,bawang merah juga di hiris  halus
Ikan bilis Dan udang kering di goreng Dan kemudian ditumbuk

Campurkan mangga Dan bahan  hirisan bawang Dan chili tadi dalam mangkuk
Masukan ikan bilis Dan udang kering Dan juga kerisik
Perasakan dengan gula Dan garam
Gaul kerabu tadi hingga semua bahan mesra...
Sedia untuk dimakan...
Ringkas tapi sedap...
Cubalah....





Sabtu, 23 Februari 2013

Ayam Masak lemak chili API....

Alahai sedapnya ayam Masak lemak ni....Sudah lama saya x  memasaknya...tiba-tiba  rasa teringin memakannya.... ...apa lagi....terus mencari bahan-bahan yang diperlukan dan siaplah bersilat kat dapur...hehehe....inilah resepi ayam masak lemak yang istimewa itu....masak lomak negeri sembilan..

Bahan-bahan.....
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah(di blend)
3 ulas bawang putih(di blend)
1/2 inci kunyit(di blend)
2 batang serai
10 biji chili padi(di blend)
1 biji chili merah(di blend)
2 biji kentang(dipotong 4)
1 biji tomato
Sekeping Assam gelugor
Sedikit garam Dan gula....
Santan pekat 2rm

Cara-caranya...
Masukan bahan yang diblend  dalam periuk bersama ayam....
Masukan juga sedikit air....garam Dan Assam keeping....
Biarkan ayam separuh Masak dengan  rempah yang diblend itu...
Bila ayam dah separuh masak baru masukan santan.....
Tunggu hingga kuah mendidih baru di masukan kentang Dan tomato....
Bila kentang Masak boleh lah ditutupkan API....
Cubalah......