jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]

Selasa, 10 April 2012

COCKTAIL BUAH-BUAHAN

COCKTAIL BUAH-BUAHAN

cocktail buah-buahan ni sedap dimakan sejuk-sejuk...fuh..rasa nyaman dan sedapnya bila memakan cocktail ni...salah satu desert yang menjadi kesukaan saya...desert yang paling mudah dan ringkas untuk dibuat...tambahan pula anak-anak pun sukakannya...kalau ada majlis ke...atau jamuan kecil2 kat rumah...desert ni la  juga yang di sediakan...ataupun pada masa hariraya...berkumpul ramai-ramai...desert ni jugak yang menjadi pilihan kami kerana ramai keluarga yang sukakannya( kaum hawa sahaja)...jom kita kongsikan resepi cocktail buah-buahan ini.....


bahan-bahan
1 tin buah-buahan 
1 tin susu cair
1/2 cawan tepung kastard
21/2 tin air(tin susu cair)
1 sudu gula


untuk membuat agar-agar
1 paket agar-agar kering
1/2 cawan gula
sedikit pewarna merah
4 cawan air
1 helai daun pandan


cara-caranya
1.memasak agar-agar
agar-agar dimasak dengan air hingga hancur..
baru dimasukan gula dan pewarna  dan daun pandan
setelah masak...sejukan dlm loyang..
2. memasak kuah cocktail
masakan susu cair dan air dengan api yang kecil
masukan tepung kastard dan kacau rata perlahan-lahan
bila sudah masak tutupkan api..(.jika suka boleh masukan 2 sudu gula dalam kuah cocktail ni...)


-agar-agar yang disejukan tadi dipotong kecil2 dan dimasukan kedalam kuah cocktail tadi..masukan juga buah-buahan dalam tin tanpa airnya..(jika suka boleh juga dimasukan sedikit air buah-buahan dalam tin tadi)
-* boleh juga ditambah buahan segar seperti anggur, dan epal
-sedia untuk dihidangkan











1 ulasan:

  1. Ermmmm sedapnye...kalau ade yg tolong buatkan lagi best kot

    BalasPadam