jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]

Isnin, 2 April 2012

RENDANG AYAM MOLLY



rendang ayam menu yang amat popular time raya.......mesti hidangan ni x ketinggalan dalam menu masakan kami pada pagi hari raya.....sedap dimakan dengan ketupat atau pun dengan nasi minyak yang dimasak  oleh mak....biasanya rendang ni akan dimasak oleh kakak2 saya...masakan mereka mesti akan ada perbezaan dari segi rasanya......

saya mula belajar buat rendang ketika zaman belajar lagi...tgk dari resepi yang terdapat dalam majalah keluarga juga resepi daripada kakak2 saya....kemudian resepi ini diubahsuai mengikut citarasa sendiri....so jadilah resepi yang sedap ni (kata kawan-kawan sekerja) dan mereka selalulah juga meminta saya masakan rendang ini untuk dimakan beramai-ramai...best tau makan beramai-ramai...hehehe
jom...saya kongsikan resepi tersebut

bahan-bahan
1 ekor ayam ( dipotong 16-kecil2)
3 rm santan
3 biji bawang besar jenis rose
7 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 batang serai
1 sudu serbuk ketumbar
1 inci kunyit ( semua bahan diatas diblend mula dr bawang)
1 paket serbuk kari adabi
1/2 keping gula melaka@ nise
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
1 rm kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
masukan minyak dalam kuali....
apabila minyak panas masukan bahan yg di blend dan juga serbuk rempah kari...
biarkan rempah garing baru dimasukan ayam
biarkan ayam masak dengan rempah tadi...
masukan sedikit air jika masakan terlalu kering
bila ayam sudah separuh masak baru dimasukan santan...garam ..nise , asam gelugor...dan juga 2 cwn air
biarkan rendang terus kering dan apabila hampir kering baru dimasukan kerisik...daun limau purut dan juga daun kunyit
kacau rata...bila semua bahan sebati baru ditutupkan api...
selamat mencuba....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan