jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]

Selasa, 10 April 2012

COCKTAIL BUAH-BUAHAN

COCKTAIL BUAH-BUAHAN

cocktail buah-buahan ni sedap dimakan sejuk-sejuk...fuh..rasa nyaman dan sedapnya bila memakan cocktail ni...salah satu desert yang menjadi kesukaan saya...desert yang paling mudah dan ringkas untuk dibuat...tambahan pula anak-anak pun sukakannya...kalau ada majlis ke...atau jamuan kecil2 kat rumah...desert ni la  juga yang di sediakan...ataupun pada masa hariraya...berkumpul ramai-ramai...desert ni jugak yang menjadi pilihan kami kerana ramai keluarga yang sukakannya( kaum hawa sahaja)...jom kita kongsikan resepi cocktail buah-buahan ini.....


bahan-bahan
1 tin buah-buahan 
1 tin susu cair
1/2 cawan tepung kastard
21/2 tin air(tin susu cair)
1 sudu gula


untuk membuat agar-agar
1 paket agar-agar kering
1/2 cawan gula
sedikit pewarna merah
4 cawan air
1 helai daun pandan


cara-caranya
1.memasak agar-agar
agar-agar dimasak dengan air hingga hancur..
baru dimasukan gula dan pewarna  dan daun pandan
setelah masak...sejukan dlm loyang..
2. memasak kuah cocktail
masakan susu cair dan air dengan api yang kecil
masukan tepung kastard dan kacau rata perlahan-lahan
bila sudah masak tutupkan api..(.jika suka boleh masukan 2 sudu gula dalam kuah cocktail ni...)


-agar-agar yang disejukan tadi dipotong kecil2 dan dimasukan kedalam kuah cocktail tadi..masukan juga buah-buahan dalam tin tanpa airnya..(jika suka boleh juga dimasukan sedikit air buah-buahan dalam tin tadi)
-* boleh juga ditambah buahan segar seperti anggur, dan epal
-sedia untuk dihidangkan











KEK PERMAISURI


RESEPI KEK PERMAISURI (  PN INTAN MUNIRAH)

resepi ni saya dapat daripada kawan sekerja..Pn intan...katanya..resepi ni resepi turun temurun..asal  daripada neneknya lagi...setelah dicuba ternyata rasanya sedap dan kek pun halus dan gebu....kami semua  berlumba-lumba memakan kek yang di bawa sampai habis...sedap sebab ia tidak terasa muak walaupun dimakan dengan banyak...apa lagi saya pun terus mintak resepi...setelah resepi ditaip... diedarkan pula pada kawan-kawan...masing-masing pakat ingin mencuba buat sendiri....hahaha... kita tengok sapa yang paling awal mencuba resepi ni...

BAHAN-BAHAN
10 AUN TEPUNG GANDUM
10 AUN MARGERIN
10 AUN GULA
7 BIJI TELUR
1 SUDU  TehB AKING POWDER
3 SUDU  besar SUSU PEKAT MANIS
SERBUK KOKO SECUKUPNYA

CARA-CARA
MARGERIN DAN SUSU DI KACAU HINGGA PUTIH(1)
PECAHKAN TELUR DAN ASINGKAN PUTIH  TELUR DAN KUNING TELUR
PUTIH TELUR + DENGAN BAKING POWDER DAN DIPUKUL SAMPAI PUTIH(2)
KUNING TELUR  + GULA + ESEN DI PUKUL SAMPAI KEMBANG(3)
MASUKAN ADUNAN 2 DAN 3 DISELANG SELI DENGAN TEPUNG KEDALAM ADUNAN 1
BAHAGI 2 ADUNAN…SATU ADUNAN DI MASUKAN SERBUK KOKO..
MASUKAN ADUNAN SECARA BERSELANG SELI DALAM LOYANG PEMBAKAR
BAKAR DALAM OVEN
-SELAMAT MENCUBA-


Isnin, 2 April 2012

PUDING ROTI KARAMEL

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
 telah diubahsuai oleh Molly 



saya sangat sukakan puding karamel...kalau masa bulan puasa tu selalu la membuatnya untuk hidangan berbuka....buatnya pun mudah saja dan bahan-bahannya pun ringkas..dekat bazar ramadan juga banyak dijual dan kalau jumpa puding  ni mesti saya beli...tapi kadang-kadang rasanya x memuaskan hati....so pasal tu la saya cari resepinya dan buat sendiri....hasilnya ...mesti la lebih sedap dari yang dibeli...hahaha...so tengok rsepinya dan buat sendiri....kali ni ditambah dengan roti supaya ada kelainan dalam rasanya......bagi saya puding karamel pure lagi sedap dan lagi saya suka....jom tengok resepinya


Bahan-bahan
5 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
5 keping roti gardenia
5 biji telur  - di pukul manja dan di tapis
1 tin susu cair+1cwn air suam
1/2 cawan susu pekat 
1 sudu kecil esen vanilla 


Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula  perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 3 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40 minit)

RENDANG AYAM MOLLY



rendang ayam menu yang amat popular time raya.......mesti hidangan ni x ketinggalan dalam menu masakan kami pada pagi hari raya.....sedap dimakan dengan ketupat atau pun dengan nasi minyak yang dimasak  oleh mak....biasanya rendang ni akan dimasak oleh kakak2 saya...masakan mereka mesti akan ada perbezaan dari segi rasanya......

saya mula belajar buat rendang ketika zaman belajar lagi...tgk dari resepi yang terdapat dalam majalah keluarga juga resepi daripada kakak2 saya....kemudian resepi ini diubahsuai mengikut citarasa sendiri....so jadilah resepi yang sedap ni (kata kawan-kawan sekerja) dan mereka selalulah juga meminta saya masakan rendang ini untuk dimakan beramai-ramai...best tau makan beramai-ramai...hehehe
jom...saya kongsikan resepi tersebut

bahan-bahan
1 ekor ayam ( dipotong 16-kecil2)
3 rm santan
3 biji bawang besar jenis rose
7 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 batang serai
1 sudu serbuk ketumbar
1 inci kunyit ( semua bahan diatas diblend mula dr bawang)
1 paket serbuk kari adabi
1/2 keping gula melaka@ nise
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
1 rm kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
masukan minyak dalam kuali....
apabila minyak panas masukan bahan yg di blend dan juga serbuk rempah kari...
biarkan rempah garing baru dimasukan ayam
biarkan ayam masak dengan rempah tadi...
masukan sedikit air jika masakan terlalu kering
bila ayam sudah separuh masak baru dimasukan santan...garam ..nise , asam gelugor...dan juga 2 cwn air
biarkan rendang terus kering dan apabila hampir kering baru dimasukan kerisik...daun limau purut dan juga daun kunyit
kacau rata...bila semua bahan sebati baru ditutupkan api...
selamat mencuba....