jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]

Khamis, 29 Mac 2012

AYAM PANGGANG MADU


Selalunya kita lebih memilih makanan yang berkuah, tapi kali ni jom cuba sesuatu yang berbakar. Senang untuk menyediakannya malah boleh dimakan sebagai hidangan tengah hari, tak pun hidangan barbeku dalam aktiviti riadah bersama keluarga mahupun sahabat handai. 

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ayam spring chicken
Bahan-Bahan untuk dikisar
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ¼ inci lengkuas
  • 2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar air limau kasturi
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
Cara Masakan
01.Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
02.Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180'C.
03.Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.
04.Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

GULAI LEMAK IKAN KERISI


Isnin, 12 Mac 2012

TRESEK JANTUNG PISANG



TRESEK JANTUNG PISANG

pernah tak anda mencuba masakan tresek jantung pisang ni...x tahu la apa nama sebenar masakan ni....tapi kalau kami belah pantai timur ni panggil masakan ni tresek....ada juga tresek kacang panjang atau pun paling popular tresek kulat sisir......ha ha ha...sapa2 yang x pernah rasa masakan ni elok la dicuba...cara membuatnya mudah saja dan rasanya pun sedap....sebenarnya masakan ni adalah masakan tradisional dari orang tua-tua dan kebanyakan generasi muda sekarang pun  sudah x pandai memakannya apa lagi membuatnya....
untuk anda semua yg memang meminati masak-memasak ni saya kongsikan resepi tradisional yang di pelajari daripada ibunda tercinta....jom masak....

bahan-bahannya
1 biji jantung pisang-dipotong nipis2(macam nak buat kerabu)
4 ketul ayam-dikerat kecil2
1/2 cawan santan
3 biji bawang merah-dimayang halus
1 ulas bwg putih-dimayang halus
1/2 ini halia-dimayang halus
3 sudu rempah kari
satu sudu biji ketumbar-ditumbuk
garam  secukup rasa
sedikit gula melaka
sedikit minyak untuk menumis
1 keping asam gelugor
2 biji lada hijau


cara-cara membuatnya
tumis bawang merah.halia dan bawang putih...
apabila sudah garing..masukkan rempah kari dan sedikit air...
biarkan rempah kari masak sekejap.....
masukan ayam dan sedikit air
masukan juga garam dan gula melaka dan asam gelugor...
tunggu hingga ayam masak....
masukan santan dan sedikit air....
juga masukan biji ketumbar dan lada
biarkan sampai mendidih baru dimasukan jantung pisang...
masak sampai kering(macam membuat rendang)
sedia untuk dihidangkan.....


TRESEK KACANG PANJANG


Jumaat, 9 Mac 2012

NASI BUKHARI

NASI BUKHARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia 

  • Cara Memasak:-
    1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
    2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
    3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
    4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
    5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
    6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
    7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...



AYAM BAKAR HALIA

AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!

IKAN BAWAL STIM "STAIL MOLLY"


Selasa, 6 Mac 2012

MEE UDANG SUNGAI DUA


Haaaa... bukannya udang dsebalik batu tapi udang disebalik mee, sungguh lazat kalau dihidangkan pada waktu petang... fuhhh pasti terangkat. Kalau kat kedai makan ataupun restoran, semangkuk boleh mencecah belasan hengget... Dengan adanya resepi  Mee Udang, boleh la masak kat rumah, bukannya semangkuk, tapi seperiuk! Siap boleh tambah lagi... Selamat mencuba :)
Bahan-Bahan :
  • 1 kati mi kuning
  • ½ kati udang basah - bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 2 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 3 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir
  • 4 batang sawi
  • ½ kati taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng
Cara masakan :
01.Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
02.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
03.Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
04.Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
05.Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
06.Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan taUhu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

SPAGEETI CARBONARA MUSHROOM


Pasta sememangnya mudah disediakan dan pasti menyelerakan! Spagethi carbonara ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak yang tidak menggemari masakan pedas. Malah ia juga sangat sesuai dihidangkan bersama pasta jenis fettucini ataupun spiral. Kini, tidak perlulah anda berbelanja besar dan pergi ke restoran-restoran mahal untuk menikmati makanan Itali seperti ini! Lengkapkan dengan cendawan butang dan lada sulah untuk rasa yang lebih memuaskan.. Selamat mencuba. Nyum!
Bahan-Bahan :
  • 2 peket spagethi
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (mayang)
  • 1 peket daging cincang/ ayam
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • lada sulah secukup rasa
  • lada hitam (jika hendak pedas)
  • 3 sudu besar minyak (menumis)
  • 1 tin cendawan butang
  • keju parmesan (diparut)
Cara masakan :
01.Rebus spagethi dalam air yang mengandungi garam (dua sudu kecil) dan minyak masak (2 sudu besar).
02.Sediakan satu bekas besar, pukul telur dan campurkan lada sulah, cendawan butang dan garam. Masukkan lada hitam sekiranya inginkan rasa yang lebih pedas. Pukul sehingga sebati.
03.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah dan daging. Masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
04.Apabila spaghetti sudah masak, toskan dan terus masukkan ke dalam bekas telur yang telah dipukul tadi. Gaul sehingga sebati dan biarkan telur masak oleh panas spaghetti.
05.Kemudian, masukkan spaghetti bercampur telur tadi ke dalam daging yang telah digoreng. Goreng spagethi bercampur telur tadi bersama daging yang telah digoreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut betul-betul masak.
06.Gaul dengan keju parut sebelum dihidangkan.