ikan siakap ni memang popular dikedai-kedai makan yang menawarkan masakan panas....sesuai dibakar...masak" tiga rasa " atau pun dibuat stim.....selalunya pilihan en suami ialah ikan ini dimasak secara stim.. kalau keluar makan tu ikan ini menjadi pilihan untuk dipesan..ditambah dengan tomyam,kailan ikan masin dan telur dadar....itulah antara hidangannya....oleh kerana selalu sangat merasanya di kedai maka saya pun dah jadi pandai memasaknya sendiri dirumah...bukan apa ia menjadi kegemaran en suami dan anak-anak.....resepinya diubahsuai mengikut citarasa sendiri...bila makan rasanya lagi sedap daripada dikedai...hehehe....ikutilah resepinya...
bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap( dilumur tepung gandum utk menghilangkan hanyir)
2 inci halia( dimayang halus)
7 ulas bawang putih(ditumbuk kasar)
7 biji cili padi(ditumbuk)
1 biji bawang merah besar(dihiris halus)
sedikit lada hitam
satu biji tomato(dibelah 4)
sedikit sos tiram
1 batang saderi(dipotong kecil2)
garam dan gula secukup rasa
cara-caranya...
setelah ikan dibersihkan sapukan sedikit garam pada ikan dan biarkan sekejap
panaskan kuali dengan sedikit minyak...
masukan halia, bawang putih dan tumis hingga naik bau....
masukan sedikit air.....
masukan ikan dan bawang merah,cili padi,lada hitam,batang saderi,sos tiram,garam dan gula secukup rasa....
tutupkan kuali ikan anda dan kecilkan api....biar ia masak perlahan=lahan....
apabila dah masak tutupkan api....
cubalah...anda akan tau rasanya...sedap!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan