jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]

Selasa, 28 Februari 2012

TEMPE GORENG CAMPUR IKAN BILIS





tempe goreng ni sedap di ratah begitu saja....ataupun sedap juga jika dimakan dengan nasi  panas2...x ada lauk lain pun x pa...hehehe
selalunya kalau dah jemu dengan masakan gulai...atau pun kari... tempe inilah yg saya masak..lg pun ia senang dan ringkas...masak banyak2 pun x apa sebab boleh tahan hingga 2@3 hari...lebih dari tu alamat masuk bakul sampah la...saya mula pandai makan tempe ni ketika zaman belajar dulu....mesti ambil tempe ni dalam hidangan makan...x jemu2...kalau x percaya cuba pandai2 kan diri makan tempe ni....lg pun ia bagus untuk otak...kata Datuk Dr Hj Fadilah Kamsah..bukan saya kata...hehehe

bahan-bahannya
1 bungkus tempe--digoreng
1 mangkuk kecil ikan bilis...digoreng
2 sudu besar cili boh
1 biji bawang  merah besar....diblend
3 ulas bawang putih.....diblend
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
sedikit kicap(kalau suka)
sedikit minyak untuk menumis
kalau suka boleh juga ditambah kacang goreng


cara-caranya....
masukan bahan yg diblend dan cili boh kedalam kuali yang telah dipanaskan....tumis hingga bahan garing....setelah itu masukan garam,gula, asam gelugor dan sedikit kicap
kacau lg hingga sebati....masukan sedikit air...biar bahan tumis mesra sedikit baru dimasukkan tempe dan ikan bilis yang telah di goreng.....begitu la cara-caranya...selamat mencuba...


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan 
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10G serbuk agar2 
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air (4cawan)
  • 2 sudu besar serbuk koko@ choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula di dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah mendidih.
  3. Masukkan butter@marjerin dan kacau hingga sebati  
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. satu senduk adunan asal kemudian satu lagi adunan coklat. ulang hingga habis! 
  6. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 ni mudah beku
  7. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. dah boleh makan ....yum.yum,yum...

PUDING LAPIS CARAMEL SPECIAL

PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL
resipi : K.Nor@SecubitGaram 
Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco

Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas

Bahan utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

chocolate rice secukupnya

CARA membuat gula hangus:
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bertukar perang keemasan
tutup api dan bila sejuk sikit masukan ke dalam bekas 

CARA membuat puding karamel:
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati  dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian
Satu  dimasukkan serbuk coklat dan  dan satu lg coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis lg
Masukkan adunan puding yg pertama kedalam bekas yg berisi gula hangus tadi
Kukus lebih kurang 10 minit.
masukan pula adunan puding yg kedua dan  kukus lagi selama 10 minit 
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti sejuk agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.

CARA membuat puding buih:
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. 
Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau dgn mixer hingga sebati.

Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 pada bahagian atas puding dgn garfu(supaya kedua lapisan akan melekat)
Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
Sejukkan kembali dalam peti ais.

Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..
selamat mencuba...resepi ni best sangat...




Isnin, 27 Februari 2012

BIHUN GORENG SEDAP!!!!



bihun goreng adalah makanan yang digemari ramai....ianya sesuai untuk di sediakan pada semua masa...lebih2 lagi kalau nak buat jamuan.....mesti salah satu pilihan menunya ialah bihun goreng....betul tak???hehehe...kalau nak goreng bihun ,petua yang saya pelajari mesti masukan udang baru sedap....tapi dalam gambar saya masukan sotong....bukan apa udang kehabisan stok..hehehe
ikuti la resepi bihun yang ringkas ni...tapi sedap....

bahan-bahannya
1/2 bungkus bihun(direndam sekejap dalam air sejuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih--bawang diblend
sedikit cili boh
2 sudu udang kering(ditumbuk)
1 pohon sawi
1 biji tomato(dipotong kecil)
5 ekor sotong( boleh diganti udang@ayam@daging)
sedikit sos cili, sos tiram dan kicap
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
hiasan-cili merah,daun sup dan daun bawang (dipotong halus)

cara-caranya
tumiskan bawang dan cili boh dalam kuali....
masukan udang kering.....
kemudian masukan sotong....goreng sampai sotong masak..
tambahkan sedikit air....
masukan sos cili, sos tiram dan kicap.....
masukan garam dan gula....rasakan masakan anda
kacau hingga bahan tumis naik minyak.....
barulah dimasukan bihun.....gaul hingga sebati dengan bahan tumis
akhirnya barulah dimasukan sawi dan tomato
siap untuk dihidangkan dan bolehlah di hias dengan bahan hiasan 
jangan lupa makan dengan keropok goreng.....









SUP CENDAWAN TIRAM



satu lagi masakan yang digemari oleh en suami....dia memang sukakan masakan yang ringkas2 saje...janji sedap katanya...sup ni kalau sekadar nak dimakan begitu saje pun boleh....anak saya pun sukakannya " like father like daughter" katakan!!!.....kalau saya masak pun memang habis dekat mereka berdua je...mari kita lihat resepi yang ringkas ni..

bahan-bahannya

3 rm cendawan tiram
5 ulas bawang putih
sedikit sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

cara-caranya

panaskan minyak dalam periuk
masukan bawang putih dan goreng hingga naik bau
masukan cendawan dan juga 1/2 gelas air
masukan garam secukup rasa
ok? boleh....senang jer....

Ahad, 26 Februari 2012

KERABU PUCUK PAKU



kerabu pucuk paku ini satu lagi kegemaran saya....sedap diratah begitu saja tanpa nasi...semangkuk besar pun boleh habis..hehehe
tapi yang paling sedap buat kerabu ni mestilah kakak sulung saya...dia memang pandai memasak!!! 
resepi ni saya pelajari daripada dia la...kalau dia tahu saya puji ni mesti kembang dia..tapi saya sekali-sekala je buat kerabu ni...pasal apa??? sebab dalam rumah saya sorang je yang pandai makan benda kerabu ni ...hihihi...
mari la sama-sama belajar buat kerabu ni....

bahan-bahannya
1 ikat pucuk paku ( dipotong dan di celur sekejap)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1rm pati santan
5 biji cili padi(dihiris)
sedikit kelapa goreng(kerisik)
1 ekor ikan(direbus dan ambil isinya)
3 biji bawang merah kecil
1 biji limau nipis
sedikit garam dan gula
sedikit cuka

cara membuatnya..
tumbuk isi ikan , bwg merah kecil dan kerisik hingga lumat
(.simpan ditepi.)......
kemudian ambil sebuah mangkuk dan isikan pati santan....bahan ditumbuk tadi, garam ,gula......kacau hingga sebati...
masukan pucuk paku dan gaul lg kemudian masukan juga bawang besar. cili padi dan sedikit cuka dan perah asam limau nipis....
gaul lagi dan kalau sudah keluar rasa masam dan manisnya dan garamnya barulah boleh dihidangkan.....mavelous!!!!!

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK "KELANTAN STAIL"



gulai lemak ni kegemaran saya....kalau ada ikan tenggiri mesti dimasak gulai punya...suka sangat sebab sedap kot...atau pun dah diajar makan sejak dari kecil lagi....sedapnya lebih dari gulai ayam...kalau x percaya cubalah....hehehe

bahan-bahannya
5 ketul ikan tenggiri (direndam dalam air garam & asam gelugor 
1/2 jam sebelum dimasak)
1 biji bawang merah rose besar
1 biji bwg putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit ( bwg,lengkuas,kunyit di blend)
2 rm pati santan
sedikit cili boh
2 biji lada solok(mcm dlm gambar...baru sedap aromanya)
garam dan gula secukup rasa

cara-caranya
masukan bahan yg diblend kedalam periuk....masukan pati santan dan segelas air dan sedikit ciliboh..kacau hingga rempah sebati dgn santan....masukan ikan, garam dan gula....kacau lagi perlahan-lahan diatas dapur...tunggu hingga mendidih baru dimasukan lada....kecilkan api dan biarlah gulai itu mendidih perlahan-lahan lbh krg 10 minit barulah ditutup api....
ok siap...



PERIA GORENG CAMPUR TELUR


peria ni elok dimakan sekali sekala...walaupun pahit tapi ada kesan baiknya.... boleh jadi ubat kepada pesakit darah tinggi dan juga kencing manis....kalau diamalkan selalu la..
untuk menghilangkan pahitnya . setelah dihiris nipis2 ramas sekejap dalam air bercampur sedikit garam..pastinya kurang sikit la rasa pahitnya tu....mari kita lihat pula cara-cara memasak peria ni...terbaik!!!!!

bahan-bahannya
1 biji peria yg sedang saiznya (dihiris nipis2)
3 ulas bwg putih(ditumbuk)
2 biji telur
3 biji cili padi(ditumbuk)
sedikit sos tiram
garam secukup rasa(kalau x suka masin x payah letak garam la coz sos tiram dah ada rasa masin..)
sedikit minyak utk menumis

cara-caranya
panaskan minyak dalam kuali...masukan bawang putih dan cili padi yg telah ditumbuk....goreng hingga terbit baunya..masukkan peria dan goreng hingga hampir masak baru dimasukkan telur, sos tiram dan sedikit garam....goreng lagi hingga masak semuanya....dan sedia untuk dihidangkan
ok selesai....

Sabtu, 25 Februari 2012

SOTONG GORENG KUNYIT



sotong goreng kunyit ni selalu dibuat sebab ianya mudah dan ringkas....tambahan pula anak-anak sukakanya....dalam seminggu tu ada la dibuat sekali.....dan pastinya cepat saja habisnya dalam sekali hidangan saja...caya tak...????hehehe...mari kita tengok macamana nak buat resepi yang ringkas ni....

bahan-bahannya
1/2 kilo sotong ( diperap dengan kunyit,bwg putih dan halia)
1 biji bawang merah besar (dihiris halus)
1 biji lada hijau ( ore kelantan panggil lada solok)-dipotong kecil
sedikit minyak utk menggoreng
sedikit kicap


cara-cara membuatnya....
panaskan minyak.....masukan sotong yang telah di perap....goreng la sotong tu macam biasa...boleh tambahkan sedikit air jika rasa masakan kering sangat....goreng hingga masak....
barulah dimasukan  bawang dan lada hijau....jangan lupa masukan sedikit kicap untuk memberi rasa manis
(maklumla anak-anak memang sukakan kicap ni)
yum-yum...dah siap dah...mudah bukan???





SUP TULANG @ " GEAR BOX "







satu lagi makanan kegemaran keluarga kami ialah sup.....
sup ni sedap  dan ia boleh memanaskan badan dan badan terasa segar selepas menghirup sup....betul tak??? kalau badan terasa tak berasa sihat  tu elokla di masak sup...
badan akan jadi bertenaga balik...
apa pun mari kita lihat apakah bahan-bahannya......


bahan-bahannya
1 ketul tulang kaki lembu  ( direbus 2 jam)
2 bungkus rempah sup adabi
2 biji bawang merah rose(jenis besar)(dihiris dan digoreng)
10 biji bawang putih (diketuk)
3 inci halia (diketuk)
sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup dan daun bawang
1 biji limau nipis
sedikit cili padi
garam dan gula secukup rasa


cara-caranya...
setelah direbus 2 jam....daging akan mula empuk....
setelah itu masukan halia dan bawang putih serta rempah sup adabi (turun temurun keluarga kami pakai produk adabi)....
serta lada hitam dan juga  akar dan sedikit batang daun sup juga akar daun bawang.....
biarkan dulu rempah2 ini mesra dengan  sup tulang barulah dimasukan bawang goreng....
masukan garam dan gula secukup rasa......
biarkan sekejap dan kecilkan api......sup akan mendidih 
perlahan-lahan....
dan biarkan terus mendidih sehingga anda menghidangkannya....
sup ni lagi lama diatas dapur lg sedap.....betul tak??? ?? 
bolehlah anda mencubanya.....









Jumaat, 24 Februari 2012

DAGING GORENG CAMPUR KACANG



Add caption
  
daging goreng adalah kegemaran en suami... 
kalu ada daging mesti di goreng mengikut stailnya tersendiri...macamana tu...senang jer..
kalau nak tahu teruskan bacaan anda....

bahan-bahannya
1/2 kilo daging ( diperap dengan kunyit,halia dan bwg putih)
1 labu bwg merah besar (dihiris nipis)
1 biji lada hijau (dihiris nipis)
sedikit minyak untuk menggoreng
kalau suka boleh masukan kacang panjang

cara-caranya....
masukan daging yg telah diperap kedalam kuali yang sudah panas.....goreng seperti biasa.....
masukan sedikit air bagi memudahkan daging empuk.....
setelah itu masukkan lada dan bawang besar.....
goreng lagi hingga masak....
akhirnya baru di masukan kacang panjang....
mudah kan??????

MEE GORENG " MAMAK STAIL"



mee goreng ni menjadi kegemaran anak sulung saya. Memang dia suka makanan seperti laksa,bihun dan tentunya mee....kalau dia makan mesti bertambah-tambah....lebih2 lagi laksa( resepinya akan dipostkan nanti).....punyalah dia suka dekat laksa ni....makan hari2 pun boleh... untuk kali ini saya kongsikan resepi bagi membuat mee goreng stail mamak punya.....


bahan-bahannya.....
1 paket mee kuning
5 ulas bwg putih (ditumbuk)
1 ulas bawang merah rose besar(dihiris halus dan ditumbuk)
1 paket fish cake(dlm 3 batang-dihiris nipis)
1 paket fish ball ( 10 biji-dibelah 2/4)
1 pokok sawi@lobak
2 biji telur
1 biji tomato
sedikit cili boh
minyak untuk menumis
kicap dan sos tomato
sedikit sos tiram



cara-caranya.....
macam biasa...panaskan minyak dan masukkan bawang dan ciliboh..tunggu sekejap hingga naik bau....baru dimasukan fish ball dan fish cake....masukan sedikit air utk mengelakan bahan tumis kering sangat...apabila semua bahan dah agak sebati baru dimasukkan mee.....kacau mee perlahan-lahan dan penuh kasih sayang...masukan kicap dan sos tomsto juga sos tiram...kemudian baru masukan telur....kacau lagi sehingga telur melekat pada mee....kalau rasa kering sangat boleh ditambah  lagi sedikit air...ini menjadikan mee kita lembab sedikit....akhirnya baru masukan sayur dan tomato....kacau lagi dan biarkan seketika baru ditutup api....... cubalah....gerenti sedap!!!!!












Khamis, 23 Februari 2012

IKAN BAWAL MASAK KARI





Ikan bawal ini memang enak dimakan.....isinya lembut dan halus...kalau goreng garam kunyit pun sedap...selalunya kaum hawa suka masak ikan ni dengan cara bawal masak merah atau pun "sweet sour" @ masak kicap.....saya rasa cara ini memang disukai oleh anak-anak...

apakata kalau  dah bosan dengan cara-cara diatas tu kita boleh cuba memasak kari ikan bawal....sedap....
anak-anak saya makan hingga menjilat jari...hehehe


bahan-bahan yang diperlukan....

3 ekor ikan bawal segar
1 biji bawang merah ( jenis besar)-dihiris nipis2
1 biji bawang putih - dihiris nipis
1 tangkai daun kari
1 inci halia
1rm pati santan
1 biji tomato - dipotong 4
2 biji cili hijau
1 peket kari ikan adabi
garam secukup rasa
sedikit gula melaka
minyak untuk menumis

cara-caranya.......
panaskan minyak dalam periuk.....masukkan daun kari....masukan bawang dan halia...tunggu sehingga bawang garing dan naik bau....baru masukkan rempah kari dan sedikit air....biarkan rempah masak seketika....kemudian baru masukkan santan yang telah di campur segelas air....kacau hingga rempah dan santan sebati baru masukan gula melaka dan garam....serta masukan juga ikan...apabila ikan sudah hampir masak baru masukan tomato dan cili...biarkan mendidih seketika dan kecilkan api....apabila semua sudah masak boleh lah tutupkan api....
selamat mencuba
kari ikan bawal ni kegemaran en suami...






Rabu, 22 Februari 2012

SINGGANG DAGING

 


SINGGANG DAGING NI MEMANG SEDAP....NAK BUAT PUN SENANG JER...KALAU TIME SIBUK TU ELOK WAT RESEPI NI...MUDAH..
CAMPAK2 JER DALAM PERIUK DAN TUNGGULAH HINGGA MASAK....

bahan - bahan diperlukan...
1 kg daging (dihiris nipis2)
1 inci halia juga 1 inci lengkuas
i biji bawang besar 
1 biji bwg putih
1 camca biji ketumbar (ditumbuk pakai lesung)
3 biji cili kering(dipotong kecil2)
garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor


cara-cara membuatnya
....semua bahan2 rempah tadi spt bawang.halia,lengkuas dihiris nipis
mulanya rebus daging dengan air hingga empuk...setelah itu masukkan bahan2 rempah yg dihiris tadi
kemudian biarkan diatas dapur dan kecilkan api...biarkan ia mendidih hingga masak...mudah kan......