jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]

Sabtu, 25 Februari 2012

SUP TULANG @ " GEAR BOX "







satu lagi makanan kegemaran keluarga kami ialah sup.....
sup ni sedap  dan ia boleh memanaskan badan dan badan terasa segar selepas menghirup sup....betul tak??? kalau badan terasa tak berasa sihat  tu elokla di masak sup...
badan akan jadi bertenaga balik...
apa pun mari kita lihat apakah bahan-bahannya......


bahan-bahannya
1 ketul tulang kaki lembu  ( direbus 2 jam)
2 bungkus rempah sup adabi
2 biji bawang merah rose(jenis besar)(dihiris dan digoreng)
10 biji bawang putih (diketuk)
3 inci halia (diketuk)
sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup dan daun bawang
1 biji limau nipis
sedikit cili padi
garam dan gula secukup rasa


cara-caranya...
setelah direbus 2 jam....daging akan mula empuk....
setelah itu masukan halia dan bawang putih serta rempah sup adabi (turun temurun keluarga kami pakai produk adabi)....
serta lada hitam dan juga  akar dan sedikit batang daun sup juga akar daun bawang.....
biarkan dulu rempah2 ini mesra dengan  sup tulang barulah dimasukan bawang goreng....
masukan garam dan gula secukup rasa......
biarkan sekejap dan kecilkan api......sup akan mendidih 
perlahan-lahan....
dan biarkan terus mendidih sehingga anda menghidangkannya....
sup ni lagi lama diatas dapur lg sedap.....betul tak??? ?? 
bolehlah anda mencubanya.....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan